Blog saya mengandungi bahan mengajar,
aktiviti mengajar dan lain-lain lagi yang menarik!

ONG LAY CHIN D20112055271


Isnin, 12 November 2012

ujian saringan

Semasa membuat pemilihan murid ke kelas pemulihan dan kelas protim, saya telah menyediakan ujian saringan sebagai contoh latihan untuk menilai penguasaan murid terhadap bahasa melayu. Berikut adalah contoh latihan yang disediakan..

Maklumat saya

perkataan kv+kv+kv

Saya juga menyediakan bahan mengajar bagi perkataan kv+kv+kv dengan slide power point seperti berikut

Lagu 1 Malaysia

Tugasan amat berat. Jom menikmati lagu yang sedap ini.

Ahad, 11 November 2012

Bahan Mengajar Pemulihan Khas (Perkataan KVKV)

Saya telah mengumpulkan lembaran kerja pemulihan khas kinus dan ingin kongsi dengan kamu semua.

Bahan Mengajar Tahun Satu KSSR

Berikut adalah lembaran kerja yang disediakan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Satu KSSR

lembaran kerja

Lembaran kerja juga disediakan untuk memudahkan kerja penilaian bagi semua murid.

Bahan yang disediakan untuk mikro pengajaran

Selain itu,saya juga menyediakan buku teks dan lembaran kerja yang sesuai sebagai bahan bantu mengajar.

Rancangan Mengajar Tahun Satu KSSR




Ini adalah rancangan mengajar yang telah disediakan semasa aktiviti mikro pengajaran di sekolah. Saya sebagai guru Bahasa Malaysia tahun satu telah membuat rancangan untuk mengajar perkataan tersebut berdasarkan gambar.





Sabtu, 3 November 2012

Menceriakan kelas

Sebagai seorang guru pemulihan,saya telah membuat persiapan untuk menceriakan bilik pemulihan saya. Di sini,ada beberapa contoh papan kenyataan yang telah direka dan ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua. Berdasarkan kajian,warna persekitaran akan mempengaruhi emosi seseorang semasa belajar,olehitu,bahan yang lebih comel dan ceria telah dipilih untuk menghiaskan bilik darjah saya.

Kelas Pemulihan (perkataan diftong) II

Selepas itu,mereka menyusunkan gambar dengan mereka corak sendiri. Mereka berasa gembira kerana boleh mengambil kesempatan untuk membuat lukisan. Mereka juga melabelkan gambar yang mereka warna dengan nama yang betul.
Selepas kelas pemulihan tamat,saya memaparkan hasil mereka pada papan kenyataan. Semua orang suka hati.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Kelas Pemulihan Protim (Perkataan diftong)

Pada hari Selasa yang lalu, saya telah menjalankan aktiviti pengayaan bagi perkataan diftong. Aktiviti ini telah dijalankan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini diadakan bertujuan memastikan penguasaan perkataan diftong serta menyerapkan mata pelajaran Pendidikan Seni. Mula-mula,saya mengedarkan bahan yang diperlukan kepada mereka, mereka mulakan perbincangan dan mewarnakan bahan yang ada dengan warna yang menarik.